|
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
“Raja Berdaulat,
Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju”
Segala puji dan
syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, laman web
rasmi Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis ini dapat terus berfungsi
sebagai wadah rasmi bagi penyampaian maklumat berkaitan urusan kewangan
Kerajaan Negeri Perlis kepada rakyat dan semua pihak berkepentingan.
Pejabat
Perbendaharaan Negeri Perlis merupakan jantung kepada pengurusan
kewangan negeri yang cekap dan berintegriti. Selaras dengan matlamat
utama kami untuk memastikan tadbir urus kewangan yang mampan, berhemat
dan telus, Jabatan ini komited dalam merancang, mengurus serta menyelia
perbelanjaan dan hasil negeri secara optimum demi memastikan pembangunan
Negeri Perlis dapat dilaksanakan secara holistik dan seimbang.
Antara fokus
utama kami termasuklah:
Dengan dasar
fiskal yang berhemat serta pelaksanaan projek pembangunan dan program
yang berimpak tinggi, kita yakin bahawa Negeri Perlis mampu terus maju
dalam landskap ekonomi semasa yang mencabar. Perancangan yang rapi serta
pengurusan sumber yang bijak mampu memberi impak positif secara langsung
kepada rakyat dari segi pembangunan infrastruktur, kemudahan asas,
pendidikan, serta peluang ekonomi. |
![]() |
|
Saya menyeru
semua pihak baik Jabatan/ Agensi Kerajaan, swasta mahupun rakyat untuk
bersama-sama mendukung aspirasi kewangan Kerajaan Negeri dengan
memainkan peranan masing-masing dalam memperkukuhkan kedudukan fiskal
negeri. Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis akan terus komited menjadi
peneraju dalam memastikan setiap sen yang dibelanjakan memberi manfaat
yang maksimum kepada rakyat jelata.
Akhir kata, saya
mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan warga kerja Pejabat
Perbendaharaan Negeri Perlis atas dedikasi dan profesionalisme yang
ditunjukkan. Semoga laman ini menjadi sumber informasi yang berguna
serta mencerminkan kecekapan dan keterbukaan pentadbiran kewangan
Kerajaan Negeri Perlis.
Sekian, terima
kasih.
“PERLISKU
BESTARI, BERKAT LESTARI”
YB Pegawai
Kewangan Negeri Perlis |
|
Halaman 3 dari 3
Sila rujuk DISINI bagi maklumat lebih lanjut. Sekian, terima kasih.
Sila rujuk DISINI bagi maklumat lebih lanjut. Sekian, terima kasih.
1) ARAHAN OPERASI iSPEKS BIL.1/2026 – GARIS PANDUAN PENTADBIRAN PENGGUNA SISTEM iSPEKS BAGI PROSES PEWUJUDAN/PENGEMASKINIAN ID PENGGUNA DAN CAPAIAN PENGGUNA v.1.0
2) ARAHAN OPERASI iSPEKS BIL.2/2026 – GARIS PANDUAN PENTADBIRAN PENGGUNA iSPEKS BAGI PEWUJUDAN/PENGEMASKINIAN PEMBEKAL DAN PELANGGAN v.1.0
Memandangkan tarikh akhir penyediaan baucer bayaran adalah pada 22.12.2025 (Isnin), mohon kerjasama semua untuk mengambil tindakan berikut:-
1. Mengemukakan dokumen yang telah sempurna perbekalan/perkhidmatan ke Perbendaharaan selewat-lewatnya sebelum 19.12.2025 (Jumaat) untuk tindakan selanjutnya;
2. Dokumen yang dikemukakan (Invois/DO) perlulah lengkap dengan pengesahan dan perakuan siap/sempurna oleh pemohon (seperti di Nota Minta); dan
3. Sekiranya terdapat Pesanan Kerajaan yang memerlukan lanjutan tempoh bayaran atau tidak sempat disempurnakan pada tahun ini, mohon dipanjangkan untuk kelulusan PKN.
Mohon kerjasama semua untuk tidak menunggu di saat-saat akhir bagi menyelesaikan semua bayaran.
Sekian, terima kasih.
Sila rujuk DISINI bagi maklumat lebih lanjut. Sekian, terima kasih.