splwpk-online-e-participation

Perutusan Pegawai Kewangan Negeri

Untitled 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

“Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju”

 

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, laman web rasmi Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis ini dapat terus berfungsi sebagai wadah rasmi bagi penyampaian maklumat berkaitan urusan kewangan Kerajaan Negeri Perlis kepada rakyat dan semua pihak berkepentingan.

 

Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis merupakan jantung kepada pengurusan kewangan negeri yang cekap dan berintegriti. Selaras dengan matlamat utama kami untuk memastikan tadbir urus kewangan yang mampan, berhemat dan telus, Jabatan ini komited dalam merancang, mengurus serta menyelia perbelanjaan dan hasil negeri secara optimum demi memastikan pembangunan Negeri Perlis dapat dilaksanakan secara holistik dan seimbang.

Antara fokus utama kami termasuklah:

  • Pengurusan hasil dan perbelanjaan negeri secara berhemat, agar dapat memberikan pulangan optimum kepada rakyat.
  • Memperkukuh sistem kewangan dan perakaunan Kerajaan Negeri melalui penambahbaikan digital dan automasi proses kewangan.
  • Menambah kecekapan dalam pelaksanaan bajet tahunan serta memastikan semua Jabatan/ Agensi Kerajaan Negeri beroperasi mengikut tatacara dan peraturan kewangan yang ditetapkan.
  • Meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua transaksi kewangan, seiring dengan kehendak rakyat dan amalan tadbir urus dan tatakelola terbaik.

 

Dengan dasar fiskal yang berhemat serta pelaksanaan projek pembangunan dan program yang berimpak tinggi, kita yakin bahawa Negeri Perlis mampu terus maju dalam landskap ekonomi semasa yang mencabar. Perancangan yang rapi serta pengurusan sumber yang bijak mampu memberi impak positif secara langsung kepada rakyat dari segi pembangunan infrastruktur, kemudahan asas, pendidikan, serta peluang ekonomi.

 

Saya menyeru semua pihak baik Jabatan/ Agensi Kerajaan, swasta mahupun rakyat untuk bersama-sama mendukung aspirasi kewangan Kerajaan Negeri dengan memainkan peranan masing-masing dalam memperkukuhkan kedudukan fiskal negeri. Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis akan terus komited menjadi peneraju dalam memastikan setiap sen yang dibelanjakan memberi manfaat yang maksimum kepada rakyat jelata.

 

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan warga kerja Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis atas dedikasi dan profesionalisme yang ditunjukkan. Semoga laman ini menjadi sumber informasi yang berguna serta mencerminkan kecekapan dan keterbukaan pentadbiran kewangan Kerajaan Negeri Perlis.

 

Sekian, terima kasih.

 

“PERLISKU BESTARI, BERKAT LESTARI”

YB Pegawai Kewangan Negeri Perlis



PERBENDAHARAAN NEGERI PERLIS

Aras 4, Blok B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 973 1801
(+60) 04 976 5189
perbendaharaan@perlis.gov.my
Statistik
Hari Ini
83
Semalam
90
Minggu Ini
348
Bulan Ini
1827
Keseluruhan
111798
Masa Capaian
0.09 saat
Tarikh Kemaskini
 26/1/2026 
No latest announcement MYHRMIS MOBILE
splwpk-procurement Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian