Latar Belakang, Visi dan Misi

Maklumat Korporat

Perbendaharaan Negeri Perlis · Portal Rasmi

Latar Belakang

Perbendaharaan Negeri Perlis mula beroperasi pada tahun 1918 bertempat di Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri dan kemudiannya telah berpindah ke Bangunan Dato' Mahmud Mat pada tahun 1984.

Pada tahun 2009, Pejabat Pegawai Kewangan Negeri, Bahagian Pengurusan Kewangan dan Bahagian Khidmat Pengurusan telah berpindah ke Bangunan Jam Besar manakala Bahagian Pengurusan Perakaunan masih lagi beroperasi di Bangunan Dato' Mahmud Mat. Pada masa ini, Perbendaharaan Negeri Perlis mempunyai seramai 41 orang kakitangan dan diketuai oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri.

Objektif

Perbendaharaan Negeri Perlis bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan negeri serta mengakaunkan perbelanjaan dan hasil negeri supaya ianya dilaksanakan dengan kemas dan teratur mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.

Visi & Misi

Visi

Membuat perancangan kewangan yang memberikan pulangan hasil yang menguntungkan dan mengurangkan beban kewangan ke tahap yang minimum.

Misi

Perbendaharaan Negeri Perlis beriltizam untuk menjadi sebuah agensi yang unggul dalam mengurus sumber kewangan negeri secara berhemat untuk memastikan kedudukan kewangan yang mantap.

Dasar Kualiti

  • Mengurus kewangan kerajaan negeri mengikut peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip kewangan yang ditetapkan oleh undang-undang.
  • Merancang dan mengawal perbelanjaan negeri dan menentukan sistem perakaunan yang teratur dan cekap bagi pungutan hasil dan perbelanjaan negeri yang diluluskan.

Slogan

Perancangan Kewangan yang cekap dan berhemat jadikan amalan

Maklumat Korporat · Perbendaharaan Negeri Perlis Kemaskini 2026
Sejarah 1918 41 Kakitangan


PERBENDAHARAAN NEGERI PERLIS

Aras 4, Blok B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis
(+60) 04 973 1801
(+60) 04 976 5189
perbendaharaan@perlis.gov.my
Statistik
Hari Ini
77
Semalam
82
Minggu Ini
325
Bulan Ini
1121
Keseluruhan
121508
Masa Capaian
%%time%% saat
Tarikh Kemaskini
 10/7/2026 

Hakcipta Terpelihara © 2026 Perbendaharaan Negeri Perlis
Perbendaharaan Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini.
Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel
Penafian || Dasar Privasi || Dasar Keselamatan || Notis Hak Cipta