Perbendaharaan Negeri Perlis mula beroperasi pada tahun 1918 bertempat di Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri dan kemudiannya telah berpindah ke Bangunan Dato' Mahmud Mat pada tahun 1984. Pada tahun 2009, Pejabat Pegawai Kewangan Negeri, Bahagian Pengurusan Kewangan dan Bahagian Khidmat Pengurusan telah berpindah ke Bangunan Jam Besar manakala Bahagian Pengurusan Perakaunan masih lagi beroperasi di Bangunan Dato' Mahmud Mat. Pada masa ini, Perbendaharaan Negeri Perlis mempunyai seramai 41 orang kakitangan dan diketuai oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri.
Membuat perancangan kewangan yang memberikan pulangan hasil yang menguntungkan dan mengurangkan beban kewangan ke tahap yang minimum.
Perbendaharaan Negeri Perlis beriltizam untuk menjadi sebuah agensi yang unggul dalam mengurus sumber kewangan negeri secara berhemat untuk memastikan kedudukan kewangan yang mantap.
Mengurus kewangan kerajaan negeri mengikut peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip kewangan yang ditetapkan oleh undang-undang. Merancang dan mengawal perbelanjaan negeri dan menentukan sistem perakaunan yang teratur dan cekap bagi pungutan hasil dan perbelanjaan negeri yang diluluskan.
Halaman 2 dari 3
Sila rujuk DISINI bagi maklumat lebih lanjut. Sekian, terima kasih.
Sila rujuk DISINI bagi maklumat lebih lanjut. Sekian, terima kasih.
1) ARAHAN OPERASI iSPEKS BIL.1/2026 – GARIS PANDUAN PENTADBIRAN PENGGUNA SISTEM iSPEKS BAGI PROSES PEWUJUDAN/PENGEMASKINIAN ID PENGGUNA DAN CAPAIAN PENGGUNA v.1.0
2) ARAHAN OPERASI iSPEKS BIL.2/2026 – GARIS PANDUAN PENTADBIRAN PENGGUNA iSPEKS BAGI PEWUJUDAN/PENGEMASKINIAN PEMBEKAL DAN PELANGGAN v.1.0
Memandangkan tarikh akhir penyediaan baucer bayaran adalah pada 22.12.2025 (Isnin), mohon kerjasama semua untuk mengambil tindakan berikut:-
1. Mengemukakan dokumen yang telah sempurna perbekalan/perkhidmatan ke Perbendaharaan selewat-lewatnya sebelum 19.12.2025 (Jumaat) untuk tindakan selanjutnya;
2. Dokumen yang dikemukakan (Invois/DO) perlulah lengkap dengan pengesahan dan perakuan siap/sempurna oleh pemohon (seperti di Nota Minta); dan
3. Sekiranya terdapat Pesanan Kerajaan yang memerlukan lanjutan tempoh bayaran atau tidak sempat disempurnakan pada tahun ini, mohon dipanjangkan untuk kelulusan PKN.
Mohon kerjasama semua untuk tidak menunggu di saat-saat akhir bagi menyelesaikan semua bayaran.
Sekian, terima kasih.
Sila rujuk DISINI bagi maklumat lebih lanjut. Sekian, terima kasih.