
1) SKIM GALAKAN PEMBAYARAN CUKAI TANAH
Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Perlis untuk mengalakkan pemilik-pemilik tanah menjelaskan cukai tanah dengan lebih awal. Bagi mana-mana pemilik tanah yang menjelaskan cukai tanah pada bulan Januari hingga Mac 2020, kadar rebat yang diberikan adalah seperti berikut :
- Tanah Pertanian : 8%
- Tanah Bangunan : 5%
- Tanah Perindustrian : 3%
2) PROGRAM PEMUTIHAN PELANGGARAN SYARAT TANAH
Program ini memberikan diskaun sebanyak 50% ke atas denda pelanggaran syarat. Program ini diadakan sepanjang tahun 2020 (Januari hingga Disember).
3) DENDA LEWAT BAYAR CUKAI TANAH
Denda sebanyak 10% daripada nilai Cukai Tanah Tahunan dikenakan sekiranya bayaran dibuat selepas 31 Mei 2020.
Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh layari laman sesawang Jabatan Tanah & Galian Negeri Perlis seperti di pautan :-