Visi & Misi

Objektif
Perbendaharaan Negeri Perlis bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan negeri serta mengakaunkan perbelanjaan dan hasil negeri supaya ianya dilaksanakan dengan kemas dan teratur mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.

Visi
Membuat perancangan kewangan yang memberikan pulangan hasil yang menguntungkan dan mengurangkan beban kewangan ke tahap yang minimum.

Misi
Perbendaharaan Negeri Perlis beriltizam untuk menjadi sebuah agensi yang unggul dalam mengurus sumber kewangan negeri secara berhemat untuk memastikan kedudukan kewangan yang mantap.

Dasar Kualiti
(a) Mengurus kewangan kerajaan negeri mengikut peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip kewangan yang ditetapkan oleh undang-undang.
(b) Merancang dan mengawal perbelanjaan negeri dan menentukan sistem perakaunan yang teratur dan cekap bagi pungutan hasil dan perbelanjaan negeri yang diluluskan.

Slogan
PERANCANGAN KEWANGAN YANG CEKAP DAN BERHEMAT JADIKAN AMALAN