Piagam Pelanggan

Kami berjanji:

  1. Mengeluarkan Pekeliling Penyediaan Anggaran Hasil dan Perbelanjaan tahun baru sebelum berakhir bulan Mei tahun semasa.

  2. Menyiapkan Buku Anggaran Belanjawan Negeri dua minggu sebelum Dewan Undangan Negeri bersidang bagi pembentangan Anggaran Belanjawan Tahunan.

  3. Mengeluarkan Waran Am pada 1hb Januari setiap tahun.

  4. Memproses permohonan-permohonan Pindah Peruntukan dan Tambahan Peruntukan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari dari tarikh permohonan yang sempurna diterima.

  5. Memberi keputusan, maklumbalas atau ulasan terhadap permohonan-permohonan berkaitan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Perbendaharaan Negeri dalam tempoh tidak melebihi 5 hari dari tarikh penerimaan permohonan.

  6. Memberi keputusan terhadap permohonan pendahuluan diri dan pendahuluan pelbagai dalam tempoh tidak melebihi 7 hari bekerja dari tarikh permohonan yang sempurna diterima.

  7. Memberi keputusan terhadap permohonan pinjaman komputer dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja dari tarikh permohonan yang sempurna diterima.

  8. Membayar gaji kakitangan Kerajaan Negeri mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Bendahari Negeri.

  9. Membuat bayaran ke atas perolehan Kerajaan Negeri dalam tempoh tidak melebihi 7 hari dari tarikh baucer bayaran yang sempurna diterima.

  10. Mengambil tindakan serta-merta ke atas keputusan atau arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri yang berkaitan dengan Pejabat Kewangan atau Pegawai Kewangan Negeri.

  11. Menyedia dan mengemukakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri tidak lewat dari 31 Mac setiap tahun.

  12. Jika atas sebab-sebab tertentu kami tidak dapat menunaikan tanggungjawab dalam tempoh yang dijanjikan seperti di atas, kami akan dengan serta-merta memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk melaksanakannya dalam masa yang dipersetujui bersama.