Perutusan Pegawai Kewangan Negeri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web rasmi Perbendaharaan Negeri Perlis. Laman web ini dibangunkan bertujuan untuk memperkenalkan Perbendaharaan Negeri Perlis kepada semua lapisan masyarakat di negeri Perlis khususnya dan warga Malaysia amnya.

Laman web ini diharapkan akan menjadi sumber rujukan utama untuk menyampaikan maklumat mengenai organisasi dan perkhidmatan yang diuruskan oleh Perbendaharaan Negeri Perlis. Para pengunjung juga dialu-alukan untuk berkongsi pandangan dan idea bagi membolehkan pejabat ini memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.

Akhir kata, saya mengharapkan agar maklumat yang diperoleh akan memberi manfaat kepada pelanggan Perbendaharaan Negeri Perlis.

- YB Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib