Latar Belakang

Perbendaharaan Negeri Perlis mula beroperasi pada tahun 1918 bertempat di Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri dan kemudiannya telah berpindah ke Bangunan Dato' Mahmud Mat pada tahun 1984. Pada tahun 2009, Pejabat Pegawai Kewangan Negeri, Bahagian Pengurusan Kewangan dan Bahagian Khidmat Pengurusan telah berpindah ke Bangunan Jam Besar manakala Bahagian Pengurusan Perakaunan masih lagi beroperasi di Bangunan Dato' Mahmud Mat. Pada masa ini, Perbendaharaan Negeri Perlis mempunyai seramai 41 orang kakitangan dan diketuai oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri.