Piagam Pelanggan
Kami berjanji :
- Mengeluarkan Pekeliling Penyediaan Anggaran Hasil dan Perbelanjaan tahun baru sebelum berakhir bulan Mei tahun semasa.
- Menyiapkan Buku Anggaran Belanjawan Negeri dua minggu sebelum Dewan Undangan Negeri bersidang bagi pembentangan Anggaran Belanjawan Tahunan.
- Mengeluarkan Waran Am pada 1hb Januari setiap tahun.
- Memproses permohonan-permohonan Pindah Peruntukan dan Tambahan Peruntukan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari dari tarikh permohonan yang sempurna diterima.
- Memberi keputusan, maklumbalas atau ulasan terhadap permohonan-permohonan berkaitan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Perbendaharaan Negeri dalam tempoh tidak melebihi 5 hari dari tarikh penerimaan permohonan.
- Memberi keputusan terhadap permohonan pendahuluan diri dan pendahuluan pelbagai dalam tempoh tidak melebihi 7 hari bekerja dari tarikh permohonan yang sempurna diterima.
- Memberi keputusan terhadap permohonan pinjaman komputer dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja dari tarikh permohonan yang sempurna diterima.
- Membayar gaji kakitangan Kerajaan Negeri mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Bendahari Negeri.
- Membuat bayaran ke atas perolehan Kerajaan Negeri dalam tempoh tidak melebihi 7 hari dari tarikh baucer bayaran yang sempurna diterima.
- Mengambil tindakan serta-merta ke atas keputusan atau arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri yang berkaitan dengan Pejabat Kewangan atau Pegawai Kewangan Negeri.
- Menyedia dan mengemukakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri tidak lewat dari 31 Mac setiap tahun.
- Jika atas sebab-sebab tertentu kami tidak dapat menunaikan tanggungjawab dalam tempoh yang dijanjikan seperti di atas, kami akan dengan serta-merta memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk melaksanakannya dalam masa yang dipersetujui bersama.