msarzh-CNenfrdees

 

 

UCAPAN YB PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SEMPENA TAHUN 2020

Alhamdulillah, bersyukur kita diberi kesempatan dan rezeki untuk melangkah ke tahun 2020.

       Pastinya tahun baru ini memberi pelbagai peluang baru untuk kita rebut dan pelbagai cabaran juga menanti untuk kita tempuhi. Bagi prestasi Pengurusan kewangan 2019, Alhamdulillah kutipan hasil negeri telah meningkat sebanyak 18% berbanding 2018. Usaha berterusan hendaklah dipertingkatkan pada tahun ini bagi mengenalpasti hasil baru di samping mempergiat tindakan untuk mengurangkan tunggakan hasil Kerajaan Negeri. Selaras dengan peningkatan hasil negeri, defisit perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi tahun 2019 juga telah dapat dikawal dan men capai paras terendah dalam tempoh 8 tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua Pegawai Pengawal di PTJ masing-masing yang sentiasa menyusun keutamaan dalam mengawal perbelanjaan.

        Bagi tahun 2020, amalan berbelanja secara berhemah hendaklah terus diperkemaskan, meminimakan pembaziran dan mementingkan 'value for money' dalam setiap perbelanjaan. Dalam mengawal perbelanjaan, keperluan dan kebajikan rakyat jangan diabaikan. Dalam pembentangan Bajet 2020 Negeri Perlis oleh Yab Menteri Besar, Kerajaan Negeri telah merangka pelbagai Rancangan pembangunan dan inisiatif untuk meningkatan kualiti hidup rakyat. Saya amat berharap semua pihak yang terlibat dapat melaksanakan program yang dirancang secepat yang mungkin. Perancangan adalah kunci kejayaan bagi pelaksanaan. Proses perolehan adalah sebahagian dari perancangan. Janganlah proses perolehan yang panjang menjadi alasan bagi kelewatan pelaksanaan. Elakkan juga mencari jalan piñtas yg menyalahi peraturan kewangan bagi mempercepatkan proses perolehan.

            Pengurusan aset perlu dipertingkatkan oleh semua jabatan dan agensi negeri. Teguran-teguran dari Jabatan Audit Negara yg sebelum ini hendaklah di pasti tidak berulang. Datanglah berbincang dengan Pejabat Perbendaharaan Negeri sekiranya ada sebarang masalah berhubung dengan peraturan kewangan. Sekiranya kurang jelas, janganlah membuat tafsiran sendiri mengikut ke fahaman masing-masing. Ingat bahawa INTEGRITI sentiasa menjadi pegangan utama dalam pengurusan kewangan. Tiada kompromi bagi perkara yang melibatkan integriti. Bersama kita berdoa agar tahun 2020 lebih baik dari tahun sebelumnya, diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran mendatang dan segala urusan kita dipermudahkan Allah swt.

Sekian, Terima kasih.

Maklumat Portal

    Statistik :

Hari Ini 8

Semalam 27

Minggu Ini 99

Bulan Ini 255

Keseluruhan 14365

    Masa Capaian :  0.23 saat
   Kemaskini :  30/3/2020 

Pautan Negeri

opendata

Hubungi Kami - Perbendaharaan Negeri Perlis

  • Aliquam lobortis cursus mauris ut mauris vel libero sagittis congue

    Bahagian Pengurusan Kewangan

    Tingkat Bawah, Bangunan Jam Besar, Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Negeri, 01000 Kangar, Perlis
    Tel. : (+60) 04 973 1808 | Faks : (+60) 04 976 5189
     
  • Aenean vehicula vehicula aliquam liquam lobortis cursus erat

    Bahagian Pengurusan Perakaunan

    Tingkat Bawah, Blok B, Bangunan Dato' Mahmud Mat, 01000 Kangar, Perlis
    Tel. : (+60) 04 973 1822 | Faks : (+60) 04 976 3114